Techtamu Record is a Malaysian tech podcast featuring founders, builders and industry leaders sharing practical insights on technology, startups, AI, business and innovation.
Dalam episod ini, kami bersama Dr. Mirza Rayana Sanzana dari Monash University Malaysia berbual tentang perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya AI Agent, serta persoalan sama ada setiap masalah dan proses kerja benar-benar memerlukan penggunaan teknologi AI yang semakin popular ini.
Dalam episod ini, kami bersama Rhys William dari MSCM Studios berbual tentang realiti dunia pemasaran digital, persepsi bahawa media sosial adalah platform pemasaran percuma, serta kenapa pemilik perniagaan perlu mengubah cara mereka melihat marketing sebagai satu pelaburan untuk mengembangkan perniagaan.
Dalam episod ini, kami bersama Rhys William dari MSCM Studios berbual tentang dunia pemasaran digital, pengaruh media sosial serta mengapa jumlah pengikut yang ramai tidak semestinya mencerminkan kualiti perkhidmatan atau kemampuan sesebuah perniagaan.
Dalam episod ini, kami bersama Shahid dan Zhafri dari MindnRobotics berbual tentang produk tempatan, inovasi serta kenapa kita sendiri perlu memainkan peranan dalam membangunkan penyelesaian yang lebih baik untuk keperluan industri dan pasaran tempatan.
Dalam episod ini, kami bersama Erhan Azrai dari Kotak Sakti berbual tentang realiti mendapatkan dan menguruskan projek berskala besar, serta kenapa job besar kadangkala memerlukan partner yang besar untuk memastikan sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan baik.
Dalam episod ini, kami bersama Amir Fazwan Osman, Co-founder of RunCloud, berbual tentang perjalanan membina RunCloud, sebuah produk teknologi yang berkembang ke pasaran global tanpa melupakan komuniti dan pasaran lokal.
Dalam episod ini, kami bersama Amirul Mokhtar berbual tentang dunia digital marketing dan cabaran yang dihadapi oleh bisnes untuk kekal relevan dalam persaingan mendapatkan perhatian pelanggan.
Dalam episod ini, kami bersama Farhan Helmy berbual tentang persoalan yang mungkin pernah bermain dalam fikiran ramai orang — kerja yang fun itu benar-benar wujud, atau sekadar mitos?
Dalam episod ini, kami bersama Coach Khairul dari Gig Venture berbual tentang bagaimana AI semakin dekat dengan kehidupan seharian.
Dalam episod pertama ini, Sham Hardy, Founder Techtamu, ditemuramah oleh dua host utama kami, Mazin Ameen Siraj dan Ezri Nor Syafren, berkongsi tentang perjalanan, cabaran dan visi di sebalik Techtamu.